Sumbangan RM 375k.

Sekolah Tinggi Chung Hwa, sebuah sekolah persendirian di Seremban dikhabarkan menerima sumbangan RM375,000 daripada kerajaan negeri dan Ahli Parlimen DAP Anthony Loke.

Ini bukan sahaja isu sebuah sekolah yang diketahui ramai mempunyai fasiliti yang hebat tetapi masih diberi ‘bantuan’, tetapi lebih daripada itu, rakyat wajar mempersoalkan bagaimana sebuah kerajaan boleh terus memberikan dana kepada sekolah yang tidak mempunyai asas dalam Perlembagaan Persekutuan?

Bukan setakat tidak mempunyai asas, malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlanggaran terhadap Perkara 152 untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara sudah-sudah tentu gagal di sekolah-sekolah persendirian ini.

Cukup-cukuplah…

Kita perlukan keberanian, kejujuran dan keikhlasan untuk mengangkat sebuah sistem pendidikan negara yang bermaruah! Membenarkan sistem pendidikan kita terpisah-pisah, adalah satu kebobrokan!